Thursday, December 31, 2009

~dari sahabat untuk sahabat~~

sahabat..

biar kepahitan itu pergi

agar kemanisan mengisi..

biarkan kekecewaan berlalu..

agar kegembiraan mewarnai.

.biarkan kegelisahan lenyap jangan kita hilang semangat..

biar penderitaan itu menyapa agar kekuatan kita jana semula

biarkan diri ini derita..

agar aku tahu kepahitan derita ini..

agar aku sedar kesengsaraan ini..

tak sama bahkan hanya secebis dari penderitaan Rasullullah s.a.w


wahai angin..

jika engkau berhembus lembut melaluinya..

katakan padanya aku adik beradik dia selamanya.

wahai air...

jika engkau mengalir di sisinya..

beritahu padanya aku mohon kemaafan atas segalanya..

wahai bunga..

jika engkau tumbuh mekar di sampingnya

kau kirimkan wangian tanda terima kasih atas kehadirannya..

wahai burung..

jika kau terbang melintasinya..

sampaikan kataku ini kepadanya..aku menyayanginya kerana Allah..

-nurhayaton hazai-

-kuala lumpur-

-aku dan sesuatu-

0 comments:

Post a Comment

~aku dan blog~

Daisypath Anniversary tickers
 

~setangkai dahan di syurga~ © 2008. Chaotic Soul :: Converted by Randomness