Wednesday, February 24, 2010

~pergi selamanya~

assalamualaikum wbt
nurhayaton hazai..


Malam kian melangkah pergi
Masih aku sendiri termanggu dalam sepi
Dalam kelam hadir bayangmu
Bagai mengundang mimpi
Saat kau dan aku
Sayangnya kau tiada disisiku

Masih terbayang segalanya
Bagaikan semuanya mimpi belaka
Hilang tak mungkin kan kembali
Merubah yang tersurat dalam hidupku
Kau pergi tak kembali selamanya

Walau berkali kutangisi
Tak mungkin kau kan kembali
Ku tak berdaya mengharungi sendiri
Tanpamu hidupku tak bererti
Hari berlalu kau kian jauh
Di alam abadi dipusaramu oh....

Hanya doa yang kuiringkan
Dalam hiba aku tangiskan
Hilang tiada pengganti
Permata yang berharga dalam hidupku

Segalanya datang dan pergi
Kutahu sukar bagiku
Menelan kenyataan
Tapi telah tertulis untuk dirimu

Hari kian silih berganti
Masih aku sendiri termanggu dalam sepi
Dalam kepekatan malamku
Ku lihat lambaianmu dari syurgawi memanggilku


nota kecil: aku sangat rindukan nenek ku...padanya ada semua kenangan...moga dirimu d temptkan di kalangan mereka yg beriman..

Monday, February 15, 2010

Assalamualaikum wbt
nurhayaton hazai..

Deru angin yg memburu
Meruju laluan
membikin dedaun hati bergetar

Beliung melanda kejam
Rautkan kepiluan
Haru itu biru warnanya
Merakam birunya jiwaku

Berdirilah di pentas itu
Tanpa membisik namaku
Kalau terputus paluan
Beranilah sambung kembali

Mungkin lebih biru
Langit mu di sempadan sebelah itu
Mungkin cuma hanya
Sekadar ribut di dalam cangkir cuma

Bukannya aku utk meramal
Juga dirimu pastikan
Hari mendatang

Mungkin lebih hijau
Laman mu di sempadan sebelah sana
Ataupun hanya ribut melanda di dalam cangkir cuma

Deru angin semalam
Sebuah cerita
Wajah-wajah jiwa
Insan yang biasa…biasa…

Saturday, February 13, 2010

~awan yang terpilu~

Assalamualaikum wbt
nurhayaton hazai..

Kerana cinta
Aku kembara
Bagai camar melintas laut
Mencari pohon untuk berteduh

Kerana cinta
Aku kembara
Ikut lagu
Bisikan hati
Mendamba KASIH paling setia

Sepasang sayap tak terlihat
Umpama mimpi yang tersimpan
Jadi rintik
Rintik hujan
Menciptakan awan yang terpilu

Puisi ini tercipta lantas
Tak kesampaian
Hajat meronakan
Gelora rindu ku kepadaMu

Ingin sekali
Aku ungkapi
Isyarat jiwa dengan sempurna
Biar kau mengerti
Biar kau sedari
Perasaanku yang memujaMu


nota kecil: wahai hati tabah lah hadapi ujian Allah ni..Allah lbh thu ap yg terbaik dirimu

nota kecil 2: wahai bunga jika engkau subur mekar di sisinya kirimlah wangian tanda terima kasih akan kehadirannya..aku ttp mendoakn yg terbaik buat dirinya..moga drimu istiqamah dn thabat di jalan dkwah ini..ap yg berlaku sudh di takdirkan..(-_-)''

Friday, February 12, 2010

~rasa itu~~

Assalamualaikum wbt
nurhayaton hazai

Aku benci rasa ini
Walaupun ia bertandang di laman hati
Kenapa kau menjelma semula
Setelah menghilang sekian lama

Kau kah itu yang pernah menghadiahkan
Satu luka berdarah yang menyakitkan
Kenapa perlu ku temui lagi warna pilu
Ketika kau lalu di tepian kalbu

Ah, terasa segalanya terlalu laju
Bila batas-batas masa dikira
Puluhan tahun tidak lama
termanggu aku seketika…
di pinggiran nostalgia
… sukarnya memaafkan
….sukarnya melupakan

Segalanya kini sudah berubah
Sejak ikatan hati itu terungkai
Episod demi episod telah mendewasakan…
Kita semakin matang mentafsirkan!
Kalau benar cintakan Allah…
Hati kita tak kan terpisah

Dan entah kenapa tiba-tiba kini…
Kita dipertemukan semula
…di persada kemaafan
bila butiran wahyu menyapa
Tuhan semulia itu pun bisa memaafkan
Lalu dendam luruh seluruh…
Walau di awalnya terasa susah sungguh!

Thursday, February 11, 2010

~sukma perkasihan~~

Assalamualaikum wbt
nurhayaton hazai..


Sukma perkasihan

Bayu memuput belaian cinta

Membusa wangian kasih

Pada dedaunan pengenalan

Menggugurkn jiwa sepi

Sumur suci mengungut katarsis

Ketika embun syukur menitis ke datar bahagia

Mengalunkan rintik senandung girang

Hadir menjiwai diri

Dengan izinmu ya rahman..

Monday, February 8, 2010

~makrifat cinta~

Assalamualaikum wbt
nurhayaton hazai..

satu waktu di perdu senja
telah aku temui sepohon tamsil cinta
tegak utuh di batas berkat
subur membugar di ladang munajat
akarnya menjalar ke liang nurani
mengcengkam kudrat di tanah diri
batang nya mampat mendekap jasad
melindung jiwa membumbung firasat
rantingnya memaut dahan fitrah
mengikat akal di ragut gundah
daunnya menghadang pesona nafsu
terhijab naluri di lindung malu
buahnya meranum setia dan taat
manisnya mengalir ke hujung makrifat

~aku dan blog~

Daisypath Anniversary tickers
 

~setangkai dahan di syurga~ © 2008. Chaotic Soul :: Converted by Randomness