Saturday, February 13, 2010

~awan yang terpilu~

Assalamualaikum wbt
nurhayaton hazai..

Kerana cinta
Aku kembara
Bagai camar melintas laut
Mencari pohon untuk berteduh

Kerana cinta
Aku kembara
Ikut lagu
Bisikan hati
Mendamba KASIH paling setia

Sepasang sayap tak terlihat
Umpama mimpi yang tersimpan
Jadi rintik
Rintik hujan
Menciptakan awan yang terpilu

Puisi ini tercipta lantas
Tak kesampaian
Hajat meronakan
Gelora rindu ku kepadaMu

Ingin sekali
Aku ungkapi
Isyarat jiwa dengan sempurna
Biar kau mengerti
Biar kau sedari
Perasaanku yang memujaMu


nota kecil: wahai hati tabah lah hadapi ujian Allah ni..Allah lbh thu ap yg terbaik dirimu

nota kecil 2: wahai bunga jika engkau subur mekar di sisinya kirimlah wangian tanda terima kasih akan kehadirannya..aku ttp mendoakn yg terbaik buat dirinya..moga drimu istiqamah dn thabat di jalan dkwah ini..ap yg berlaku sudh di takdirkan..(-_-)''

Friday, February 12, 2010

~rasa itu~~

Assalamualaikum wbt
nurhayaton hazai

Aku benci rasa ini
Walaupun ia bertandang di laman hati
Kenapa kau menjelma semula
Setelah menghilang sekian lama

Kau kah itu yang pernah menghadiahkan
Satu luka berdarah yang menyakitkan
Kenapa perlu ku temui lagi warna pilu
Ketika kau lalu di tepian kalbu

Ah, terasa segalanya terlalu laju
Bila batas-batas masa dikira
Puluhan tahun tidak lama
termanggu aku seketika…
di pinggiran nostalgia
… sukarnya memaafkan
….sukarnya melupakan

Segalanya kini sudah berubah
Sejak ikatan hati itu terungkai
Episod demi episod telah mendewasakan…
Kita semakin matang mentafsirkan!
Kalau benar cintakan Allah…
Hati kita tak kan terpisah

Dan entah kenapa tiba-tiba kini…
Kita dipertemukan semula
…di persada kemaafan
bila butiran wahyu menyapa
Tuhan semulia itu pun bisa memaafkan
Lalu dendam luruh seluruh…
Walau di awalnya terasa susah sungguh!

Thursday, February 11, 2010

~sukma perkasihan~~

Assalamualaikum wbt
nurhayaton hazai..


Sukma perkasihan

Bayu memuput belaian cinta

Membusa wangian kasih

Pada dedaunan pengenalan

Menggugurkn jiwa sepi

Sumur suci mengungut katarsis

Ketika embun syukur menitis ke datar bahagia

Mengalunkan rintik senandung girang

Hadir menjiwai diri

Dengan izinmu ya rahman..

Monday, February 8, 2010

~makrifat cinta~

Assalamualaikum wbt
nurhayaton hazai..

satu waktu di perdu senja
telah aku temui sepohon tamsil cinta
tegak utuh di batas berkat
subur membugar di ladang munajat
akarnya menjalar ke liang nurani
mengcengkam kudrat di tanah diri
batang nya mampat mendekap jasad
melindung jiwa membumbung firasat
rantingnya memaut dahan fitrah
mengikat akal di ragut gundah
daunnya menghadang pesona nafsu
terhijab naluri di lindung malu
buahnya meranum setia dan taat
manisnya mengalir ke hujung makrifat

Sunday, January 10, 2010

~pergi~

Sayu terpisah
Hikayat indah kini hanya tinggal sejarah
Berhembus angin rindu
Begitu nyamannya terhidu wangian kasihmu

Hujan lebat mencurah kini
Bagaikan tiada henti
Kaulah laguku kau irama terindah
Tak lagi kudengari

Kau pergi..pergi..
Sepi tanpa kata

Terdiam dan kaku tak daya kau kulupa
Apa pun kata mereka
Biarkan kenangan berbunga di ranting usia

nota kecil: ini adalah lirik lagu yg mana sgt2 menarik perhatian sy..lirik dn mksd yg tersirat dlm penyampaian amat terkesan di hati sy..segalnya adalah sesuatu bg saya..hanya luahan pena ini yg dpt menggambrkan 'sesuatu'nya itu..



Saturday, January 9, 2010

~dahulu~

Assalamualaikum wbt..
nurhayaton hazai..
Aku tersesat dalam kelalaian,
sedangkan kematian menuju kearahku
kian lama kian dekat
jika aku tidak mati hari ini
suatu hari kelak aku akan pasti mati
aku manjakan tubuhku dengan pakaian-pakaian halus dan mewah
padahal tubuhku akan membusuk dan hancur dalam kubur
aku bayangkan tubuhku beransur-ansur akan hilang
hingga tinggallah tulang tanpa kulit dan daging
aku melihat umurku kian habis
namun keinginan-keinginanku belum juga terpuaskan
perjalanan panjang terbentang di hadapanku
sedangkan aku tidak memiliki bekal menempuh jalan itu
aku menderhakai Tuhanku dengan melanggar perintahNya
dengan terang-terangan
padahal ia mengawasiku setiap saat
wahai,aku yang berdosa secara rahsia
tidak pernah orang lain mengetahui dosa-dosaku yang mengerikan
tetapi esok,rahsia dosa-dosaku akan ditampakkan
dan diperlihatkan pada Tuhanku
aku berdosa kepadaNya
walau hati merasa takut
aku sangat mempercayai ampunanNya yang tak terbatas
siapa lagi selain Dia,yang akan mengampuni dosa-dosaku
sungguh,segala puji hanya bagiNya
seandainya tidak ada azab setelah kematian
tiada janji akan syurga
tiada ancaman akan neraka
kematian dan kebusukkan cukup lah sebagai peringatan
agar kita menjahui kesia-siaan
namun akal kita bebal
kita tidak mengambil peringatan apapun sekarang
tiada harapan bagi kita lagi
kecuali yang maha pegampun megampuni dosa-dosa kita
aku telah menghianati perjanjianku dengan tuhanku
yang telah dibut dialam keabadian
Tuhanku,bagaimana nasibku kelah ketika api membakar tubuhku
api yang melelehkan batu yang paling keras
aku akan sendiri ketika dibangkitkan dari kubur
wahai engkau yang maha ESA
yang tiada sekutu terhadap keagunganMu
belas kasihanilah aku dalam kesendirianku
ketika aku ditinggalkan oleh segalanya.

nota kecil: syukran akhi muhlis atas puisinya ini...moga2 dirimu istiqamah..dn sentiasa dalam redhanya...

Friday, January 1, 2010

~hanya untuk mu,~~


bulan bintang
cahaya mu menyinar lagi
dinihari berganti zaman
malamkan hiba..
siulan irama..
aku menjadi saksinya..
jendela bumi di hujung dunia
akan ku teruskan nyawaku untuk mu
kan ku junjungkn namamu ke pintu syurga
kan ku pejam kan mataku buat selamanya
diri mu menyinari bagaikan sanag helang tiba
akan ku teruskan langkah ku untuk mu..
kan ku kibarkan sayapku
melindungimu..
pejam kan mata..
jangan kau lihat hariku..
hadirmu juga bagaikan janji
akan ku ku teruskan nyawaku untuk mu...


~aku dan blog~

Daisypath Anniversary tickers
 

~setangkai dahan di syurga~ © 2008. Chaotic Soul :: Converted by Randomness